EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Jan 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus merudum ke serendah 1.1565 Khamis semalam, apabila pasaran dikejutkan dengan pengumuman Swiss National Bank (SNB) untuk membatalkan sokongan terhadap nilai tukaran EUR|CHF pada 1.2000 yang dibuat sebelum ini.  Pengumumam yang tidak disangka-sangka itu, telah menjatuhkan nilai EUR|CHF ke serendah hampir 0.70 CHF untuk 1 Euro.  Di pasaran Jepun pula, nilai tukaran EUR|JPY telah kembali keparas terendah pada tahun lepas, sekitar 135 Yen untuk 1 Euro.

Pembatalan sokongan itu menjadikan Swiss Francs tidak terikat kepada nilai Euro, sekaligus menyaksikan CHF dibeli setinggi hampir 178 Yen di Jepun.  Euro, Swiss Francs, dan British Pound adalah 3 matawang utama yang masih diguna pakai di Benua Eropah selepas Euro-Zone dibentuk.  ECB yang akan bermesyuarat Khamis depan dilihat bakal mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) yang ditentang Jerman, kerana dilihat bakal memusnahkan ekonomi Eropah.

Hari ini, European Central Bank dan Statistiches Bundesamt Deutschland bakal mengumumkan “consumer price index” mereka yang dijangka meleset dari sebelumnya.  Amerika Syarikat juga bakal mengumumkan “consumer price index” nya yang juga dijangka meleset.  Keadaan ini dilihat bakal menjadikan pasaran dalam dagangan “ranging”.  Walau bagaimanapun para pelabur dijangka lebih suka membuat “sell-on-rally” lantaran “bearish” sentimen terhadap Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat