EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mar 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar yang membuat “pennant chart pattern” pada Khamis lalu, gagal memacu naik, apabila pasaran Eropah dikejutkan dengan kemungkinan rakyat Greece terpaksa ke peti undi semula, sekiranya cadangan reformasi ekonomi yang dibentangkan parti Syriza ditolak oleh ‘troika’ – ECB, EU, IMF.  Kadar tukaran EUR|USD terus menjunam lebih 165 pips, mencapai paras terendah sekitar 1.0462 sebelum pasaran ditutup Jumaat lalu.

Ketika ini, pasaran dipenuhi spekulasi kemungkinan kadar tukaran EUR|USD untuk turun ke paras ‘parity’ dalam tahun ini.  Apabila keadaan ini berlaku, pasaran ekuiti Eropah dijangka dibanjiri Dollar yang mempunyai kuasa membeli lebih besar.  Index Stoxx50 telah pun memecah paras tertinggi tahun lepas, sekitar 3327 pada hujung Januari lalu; apabila ECB mengumumkan program ‘Quantitave Easing’ (QE) untuk Euro-Zone.

Hari ini presiden ECB Mario Draghi bakal berucap lagi, bagi memberikan pasaran gambaran sebenar yang diinginkan dari program QE ini.  Apapun, pasaran telah pun memberi tindak balas dan dijangka tidak akan berhenti sehingga ‘parity’ dicapai.  Ketika ini yang boleh memperlahankan kejatuhan nilai tukaran EUR|USD adalah kenyataan Federal Reserve AS untuk terus menangguhkan kenaikan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat