EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar jatuh lebih 100 pips Jumaat lalu untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0715 sebelum menutup sekitar paras 1.0760; setelah laporan GDP Euro-Zone untuk suku ketiga dilaporkan lebih rendah dari jangkaan.  Pasaran Eropah dipenuhi dengan harapan rangsangan besar-besaran dari ECB akan memulihkan ekonomi Eropah yang bermasalah itu. Pada masa yang sama, Dollar AS berada di bawah tekanan jualan pada Jumaat, apabila pelabur mula berhati-hati selepas pasaran saham global jatuh.

GDP Euro-Zone meningkat sehingga 0.3% pada suku ketiga, meleset dari jangkaan 0.4% dan menandakan kelembapan pertumbuhan ekonomi daripada tiga bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun kuasa ekonomi terbesar blok Eropah itu, Jerman, telah melaporkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.3% peratus, selari dengan jangkaan para penganalisis, walaupun sedikit rendah dari suku sebelumnya sebanyak 0.4%.  Angka menunjukkan bahawa Euro-Zone pulih lebih perlahan daripada Amerika Syarikat, dan pemulihan masih terdedah kepada faktor-faktor luaran; walaupun langkah-langkah rangsangan telah dilancarkan oleh Bank Pusat Eropah pada awal tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Howard Archer, ketua ahli ekonomi Eropah & UK di IHS Global Insight, berkata: “Tiada maklumat telah dikeluarkan berkenaan pecahan komponen daripada GDP suku ketiga Eurozone, tetapi berdasarkan bukti dari negara-negara ahli EU, ia kelihatan pelik apabila perdagangan yang negatif adalah faktor penting yang mengehadkan pertumbuhan. Ini menunjukkan bahawa bantuan untuk eksport Euro-Zone yang datang dari euro yang lemah, telah diperlahankan oleh kelembapan pertumbuhan global.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat