EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar yang terus berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan tidak melebihi 50 pips; apabila pasaran Amerika Syarikat tutup bercuti sempena hari presiden; tiba-tiba merudum lebih 75 pips pada lewat petang sesi New York untuk mencapai paras terendah sekitar 1.1319, apabila persidangan menteri kewangan negara-negara Kesatuan Eropah dikejutkan dengan leputusan Greece untuk tidak tunduk kepada perintah ‘troika’.

Greece kini mendapat perhatian apabila berhasrat membatalkan semua perjanjian dengan ‘troika’ dan melupuskan semua hutang luarnya.  Perdana menteri yang baru Alexis Tsipras, dari parti berhaluan kiri yang memenangi pilihanraya presiden baru-baru ini; mengatakan Greece tidak akan menerima sebarang langkah-langkah jimat cermat yang melampau, dan menjejaskan budaya hidup masyarakat Greek.

Beliau berkata, Greece memerlukan masa untuk melaksanakan program pembaharuan, dan membetulkan kesilapan masa lampau.  “Saya yakin, dalam masa enam bulan, anda akan lihat Greece yang baru”, tambah beliau lagi.  Hari ini, walaupun dengan “economic sentiment” Jerman yang dijangka lebih baik dari sebelumnya, 55.0 berbanding 48.4; Euro dilihat akan terus dijual berikutan keputusan Greece.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat