EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Dec 2014

29

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011Euro Dollar terus menyusut lebih 70 mata untuk didagangkan sekitar 1.2285 pada sesi dagangan petang London Khamis semalam selepas pasaran mulai jelas dengan arah tuju Dollar selanjutnya.  Walaupun pasaran London dibuka dengan data berimpak sederhana “IFO” dari Jerman yang ratanya lebih baik, pasaran terus menjual Euro.

Komen yang bercampur-campur dari ahli lembaga ECB, meyebabkan pasaran tidak menentu dan ragu atas prospek Presiden ECB Mario Draghi untuk melancarkan pakej ransangan ekonomi yang baru untuk 2015 pada Januari depan.  Kejatuhan harga minyak mentah yang berterusan dan dijangka stabil dibawah $60 setong untuk beberapa waktu, bakal menjadikan inflasi terus rendah dalam bulan-bulan yang mendatang.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat dan hanya data berimpak sederhana “consumer confidence” dari Jerman yang dijangka lebih baik; pasaran dijangka berdagang dalam suasana “ranging” dengan aktiviti pengambilan untung sebelum Krismas minggu depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat