EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar terus jatuh hampir 180 mata Jumaat lalu, dengan mencapai paras terendah sekitar 1.1460, sebelum menutup minggu lepas sekitar 1.1567, pada lewat sesi dagangan New York.  Euro yang telah pun mencapai paras terendah 1.15 seperti yang dijangkakan BNP Paribas tempoh hari; dilihat bakal terus merudum sehingga mesyuarat ECB Khamis ini.  ECB yang dijangka mengumumkan rancangan Quantitative Easing (QE) ala Amerika Syarikat pada hari itu, bakal terus melemahkan Euro untuk meningkatkan eksport.

Jerman yang menentang keras langkah tersebut, telah pun membuat rancangan alternatif terutamanya jika pada Ahad ini pula, pilihanraya presiden Greece dimenangi parti Syriza.  Kemenangan tersebut, sekiranya berlaku, bakal menyaksikan kemungkinan Greece keluar dari Euro-Zone, sekaligus membatalkan semua pinjamannya berjumlah 260 bilion Euro dengan “Troika” (ECB, EU, IMF).  Semua risiko ini dilihat antara sebab mengapa SNB tidak mahu terus membeli Euro pada kadar 1.20

Hari ini, tiada sebarang data berimpak tinggi bakal dilaporkan oleh kedua-dua negara, dan pasaran dijangka terus “ranging” dengan Dollar terus menguasai pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat