EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar menyusut lebih 85 pips Jumaat lalu, dalam dagangan “ranging” sepanjang minggu lepas, dengan nilai tukaran EUR|USD menutup dibawah pivot minggu lepas sekitar 1.1334; selepas Parti Syriza melegakan pasaran, apabila mengatakan Greece akan terus kekal dalam Euro-Zone, dan berhajat melupuskan sebahagian dari hutangnya yang berjumlah 260 bilion Euro dengan ‘troika’ – ECB, EU, IMF.

Pada masa yang sama, Bank Pusat Denmark diberitakan telah menurunkan “interest rate” nya sebanyak 3 kali dalam masa 2 minggu, dengan mengenakan cas yang lebih kepada bank-bank yang mahu mendeposit ke bank pusat negara tersebut, ekoran kejatuhan nilai Euro.  Krone Denmark yang diikat kepada Euro sejak sekian lama, pada sekitar 7.5000 DKK bagi setiap Euro; kini berdepan dengan peningkatan nilai selepas ECB mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) bernilai 1 trilion Euro baru-baru ini.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan “spanish unemployment change”, “manufacturing PMI” dari Sepanyol, Itali, Perancis, dan Jerman; yang kesemuanya dijangka lebih baik dari sebelumnya kecuali Jerman.  Secara keseluruhan PMI Euro-Zone adalah lebih baik, meningkat kepada 51 dari 50.6  Amerika Syarikat juga bakal melaporkan “manufacturing PMI” nya yang dijangka stabil pada 55.5  Keadaan ini dilihat lebih memihak kepada Euro, walaupun para pelabur dan pengurus dana dijangka lebih suka dengan strategi “sell-on-rally”.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat