EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mar 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan paras tertinggi sekitar 1.1245 dan terendah sekitar 1.1175; selepas data CPI Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan begitu juga dengan GDP dan “consumer sentiment index” Amerika Syarikat yang juga dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Keadaan ini juga disokong oleh pasaran yang sudah menghampiri ‘support’ bulanan sekitar 1.1000

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Komisioner ECB, perbelanjaan perniagaan dan pelaburan di dalam Euro-Zone tidaklah sebegitu memberansangkan seperti perbelanjaan pengguna; selepas ECB mengumumkan pakej ransangan ekonomi sedikit masa lalu.  Kejatuhan harga minyak menyebabkan harga barangan turun sedikit dan ini menggalakkan pengguna berbelanja.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidaklah pula meningkatkan pelaburan oleh perniagaan bagi menghadapi permintaan yang bertambah.  Ini sekaligus, dilihat akan menyebabkan proses pemulihan ekonomi Euro-Zone pada tahun ini berlaku ala kadar sahaja.  Hari ini 4 ekonomi teras dalam Euro-Zone bakal melaporkan manufacturing PMI mereka – Sepanyol dijangka meningkat sebanyak 0.3, Itali sebanyak 0.4, Jerman stabil pada 50.9 dan Perancis menyusut sebanyak 1.5 – Keadaan ini dilihat memihak kepada Euro walaupun ianya bersifat sementara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat