EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar meneruskan lonjakan hari kedua, lebih 105 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1070 sebelum menutup sekitar paras major psikologi 1.1000; setelah Dollar AS melemah ekoran laporan GDP dan sentimen pengguna AS yang mengecewakan dan membantutkan spekulasi kenaikan kadar AS pada Disember ini.

Di pasaran Eropah, Euro pulih sedikit dan mendapat sokongan belian apabila kadar pengangguran Euro-Zone dilaporkan menurun dari 10.9% kepada 10.8%, malah jauh lebih baik dari jangkaan sebanyak 11%.  Pada masa yang sama, inflasi teras dilaporkan pada 1% lebih baik dari jangkaan 0.9% sama seperti bulan sebelumnya.  Jerman pula, yang merupakan ekonomi terbesar Euro-Zone, melaporkan kadar pengangguran stabil untuk bulan kelapan pada 6.4% – kadar terendah sejak penyatuan Jerman Barat dan Timur pada 1990.

[adrotate group=”6″]

Pada minggu lalu, ahli-ahli Majlis ECB telah menyatakan pandangan yang berbeza mengenai sama ada rangsangan lebih diperlukan. Naib Presiden ECB Vitor Constancio dan Menteri Itali Ignacio Visco berkata, bahawa pembuat dasar bersedia untuk menggunakan semua instrumen yang boleh didapati jika diperlukan. Estonia dan Latvia pula menentang terhadap mana-mana tindakan ransangan tambahan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat