EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mar 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar kembali menyusut, lebih 260 pips, ke paras sebelum mesyuarat FOMC, sekitar 1.0650, sepanjang sesi dagangan Asia dan Eropah Khamis semalam.  Sehari sebelum itu kadar tukaran EUR|USD melonjak, selepas Federal Reserve memberi gambaran yang kurang memberansangkan tentang perkembangan ekonomi AS.  Walau bagaimanapun, kadar tukaran EUR|USD masih berada di atas pivot mingguan – 1.0620 ketika artikel ini ditulis.

Di pasaran Eropah, krisis ‘Grexit’ kembali semula dengan Greece terus diasak, untuk melakukan pembaharuan bagi menangani masalah ekonominya dan berpegang pada perjanjian yang dimeterai pada 2012.  Greece yang telah diselamatkan daripada bankrap oleh dua dana antarabangsa sebelum ini, kini berdepan dengan kehabisan dana akibat pengeluaran deposit besar-besaran oleh para penyimpan sejak 20hb Februari lalu.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua buah negara hari ini, pasaran dijangka ‘ranging’ dalam dagangan berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat