EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Aug 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus memacu lebih 130 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1245 sebelum menutup sekitar paras 1.1240; selepas minit pertemuan terakhir Federal Reserve AS menjejaskan harapan untuk kenaikan “interest rate” seawal bulan depan.

Kebimbangan telah meningkat sejak mesyuarat Fed terakhir pada bulan Julai, sebelum China tidak disangka-sangka menurunkan nilai mata wangnya minggu lepas dalam satu langkah yang dilihat direka bentuk untuk meningkatkan eksport yang semakin perlahan.

Euro melonjak dalam sesi perdagangan Amerika Syarikat, memenangi sokongan daripada berita bahawa menteri-menteri kewangan Eropah secara rasmi meluluskan Greece sebanyak €86 bilion dana kecemasan. Satu sumber rapat dengan perkara itu berkata Greece akan menerima €23 bilion untuk membolehkan Athens membuat pembayaran balik pinjaman sebanyak €3.4 bilion kepada Bank Pusat Eropah (ECB).

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat