EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Apr 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar yang merudum lebih 90 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, kembali memacu naik untuk mencapai paras tertinggi harian 1.0780; sebelum menutup sedikit rendah dari pembukaan, sekitar 1.0735; terkesan dari mood pasaran yang bercampur-campur antara prospek pertumbuhan ekonomi Euro-Zone yang mula bertambah baik dan krisis kewangan Greece.

Pasaran dilihat bertambah waspada, ekoran krisis Greek yang berterusan dan masalah di negara itu yang dilihat semakin teruk. Atas sebab itulah pelabur bakal menumpukan perhatian kepada mesyuarat Eurogroup Jumaat ini, untuk melihat jika Greece benar-benar akan melaksanakan apa-apa pembaharuan yang dijanjikannya. Greece berada dalam situasi yang genting dan perlu mencari resolusi kepada dua isu tertunggak:

1. Pembiayaan sistem perbankan dan 2. keadaan mudah tunai kerajaan. Untuk pilihan yang kedua, kerajaan Greece mempunyai lebih kawalan. Pasaran menyaksikan semalam bila mana Athens mengeluarkan pelbagai arahan perintah kepada baki tunai kerajaan tempatan, untuk dipindahkan ke bank pusat bagi kegunaan kerajaan persekutuan.

Ia adalah pembiayaan sistem perbankan dimana Greece tidak mempunyai kawalan dan terpaksa bergantung kepada ECB yang berperanan sebagai pemberi pinjaman melalui Program Kecairan Bantuan Kecemasan Euro-Zone (ELA). Pasaran kini percaya bahawa kakitangan ECB sedang menyediakan cadangan untuk tekanan secara halus. ECB boleh melakukannya dengan meningkatkan pemotongan cagaran bank Greek yang ditawarkan untuk ELA.

Sebagai negara anggota EU, Greece dikehendaki memenuhi semua protokol dan bukan mengenepikan diri dari tanggungjawab ini. Setakat ini Greece belum memberikan reaksi dan masa semakin suntuk. Ketidakpastian mengenai bagaimana Greece dan pemiutangnya akan mencapai persetujuan, telah membawa pasaran untuk terus menjangkakan Grexit.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat