EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar memacu naik lebih 140 mata, ke setinggi 1.1680, sebelum dibenam semula pada sesi petang dagangan London; apabila para pelabur dilihat mula bersedia untuk mesyuarat ECB hari ini.  Spekulasi pasaran mengatakan, jumlah terbitan bon ECB mungkin tidaklah sebanyak yang disangka.  Pada masa yang sama, CEO International Monetary Fund (IMF) Christine Lagarde mengatakan, pengeluaran Greece boleh memusnahkan Euro-Zone.

Greece yang bakal berdepan dengan pilihanraya presiden yang baru Ahad ini, dilihat sedang didahului oleh Parti Syriza dalam bancian undi popular negara itu.  Kemenangan Parti Syriza, besar kemungkinan akan menyebabkan Greece keluar dari Euro-Zone, sekaligus membatalkan semua hutangnya yang berjumlah 260 bilion Euro dan ini akan memberikan satu tamparan yang hebat kepada pasaran modal.

Mesyuarat ECB hari ini bakal menjadi fokus utama pasaran dengan tumpuan pada jumlah terbitan bon baru.  Terdapat spekulasi yang kejatuhan lebih 14% nilai tukaran EUR|USD sejak 6 bulan yang lalu, memungkinkan ianya ke paras “parity” 1:1 pada tahun ini; sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak 2002.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat