EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar terus memacu untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 80 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0985 sebelum menutup sekitar paras $1.0955; setelah pasaran dilihat membuat ‘short-covering’ menjelang cuti panjang.  Walau bagaimanapun kenaikan tersebut dilihat bersifat sementara, kerana pelbagai krisis yang melanda Euro-Zone seperti isu ‘bailout’ Greece yang kini kembali dan pemulihan ekonomi Euro-Zone yang dilihat tidak begitu berkesan serta pilihanraya Sepanyol yang meragukan.

“Ia adalah agak mudah untuk Euro meningkat kerana tidak banyak peserta dalam pasaran, ” menurut Daisuke Karakama, seorang ahli ekonomi pasaran di Mizuho Bank Tokyo.  “Tambahan pula, Sepanyol mempunyai lebihan dalam akaun semasa dan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK (GDP) dijangka berkurangan, jadi ia tidak akan menjadi seperti Greece walaupun pihak anti-penjimatan merampas kuasa, ” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Musim cuti yang akan menutup banyak pasaran kewangan utama dunia, akan menghadkan aktiviti pelaburan dan perdagangan yang dilihat bakal mengekang pergerakan matawang dalam julat yang ketat. Dengan kenaikan kadar Feds AS yang ditunggu-tunggu telahpun dilaksanakan, hanya tinggal sedikit data AS minggu ini untuk menggerakkan pasaran.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat