EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Dec 2014

31

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014Euro Dollar terus menjunam hampir 80 mata, ke sekitar 1.2170 pada sesi dagangan pagi New York Selasa semalam, selepas data berimpak tinggi Amerika Syarikat dilaporkan – GDP keluar jauh lebih baik dari jangkaan, 5.0% berbanding 4.3%; “new home sales” meleset dari jangkaan, 438 ribu berbanding 460 ribu; “personal income & outlays” dilaporkan meleset dari jangkaan, 0.4% berbanding 0.5%; dan “durable goods order” keluar jauh meleset dari jangkaan, -0.7% berbanding 3.1%.  Walaupun 3 data utama meleset dari jangkaan, pasaran lebih memberi tumpuan pada GDP yang mengukur aktiviti ekonomi secara keseluruhan.

Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang lain – Euro, Yen, Pound, Dollar Kanada, Krona Sweden, dan Swiss Francs – terus memacu untuk membuat paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 90.40 sejurus sebelum waktu makan tengah hari New York.  Dollar terus mendapat permintaan lantaran “interest rate” Amerika Syarikat yang dijangka naik seawal 2015 selepas kekal pada 0.25% semenjak December 2008.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone sehinggalah Isnin minggu depan, laporan “initial jobless claims” dari Amerika Syarikat yang dijangka mengurang 1,000 pemohon, bakal menyaksikan penguasaan terus Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat