EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Nov 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0655 ke serendah 1.0590, sebelum menutup sekitar paras 1.0635, sedikit rendah dari pembukaan; setelah pasaran Eropah memberi perhatian yang sangat sedikit untuk PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang sedikit lebih baik daripada jangkaan.  PMI pembuatan dilaporkan pada 52.8 berbanding 52.3 jangkaan dan sebelumnya, manakala PMI perkhidmatan pula dilaporkan pada 54.6 berbanding 54.2 jangkaan dan 54.1 sebelumnya.

Keyakinan yang semakin meningkat bahawa AS akan menaikkan kadar pada bulan depan merangsang permintaan untuk Dollar di sesi Asia semalam sambil memberati komoditi, manakala Euro mencecah paras tujuh bulan terendah terkesan daripada spekulasi ransangan tambahan dari ECB. Pasaran saham AS mengekang kenaikan lanjut pada minggu yang terbaik tahun ini, pada Jumaat lalu; apabila pelabur memberi reaksi kepada tanda-tanda bahawa Federal Reserve AS berfikir kuasa ekonomi terbesar dunia itu sudah cukup kuat untuk menangani kenaikan kadar pada bulan depan.

[adrotate group=”6″]

Prospek kenaikan pertama sejak hampir sedekad meningkatkan nilai Dollar AS, tetapi menyeret turun harga bahan-bahan mentah dan saham tenaga; ekoran daripada Dollar yang lebih kukuh menjadikan mereka lebih mahal untuk pelabur antarabangsa.  Sementara itu, Euro jatuh selepas ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi membayangkan bahawa ECB bakal mencetuskan rangsangan tambahan bagi meningkatkan inflasi rendah yang masih degil di Euro-Zone.

Janji beliau untuk “melakukan apa yang kita perlu” bagi mengangkat harga mendorong jangkaan bahawa ECB boleh memperluaskan skim pelonggaran yang sudah sedia luas pada mesyuarat ECB bulan depan, sekaligus mengheret mata wang tunggal Eropah itu ke paras terendah sejak pertengahan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat