EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005 Euro Dollar yang melonjak lebih 100 pips sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1210, menjunam lebih 200 pips sepanjang sesi dagangan pagi New York sebelum menutup sekitar paras 1.1015; setelah Dollar kembali mendapat permintaan apabila data inflasi yang menjadi penanda aras Federal Reserve untuk kenaikan “interest rate”, dilaporkan lebih baik pada 0.3% berbanding 0.2% jangkaan.

Di pasaran Eropah, Presiden ECB Mario Draghi berucap dalam satu forum ekonomi di Portugal dan komen beliau tidak banyak membantu euro. “Prospek ekonomi bagi kawasan euro adalah lebih cerah hari ini daripada tujuh tahun yang lampau” menurut Encik Draghi. ECB telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan mengurangkan “interest rate” ke paras terendah dan menyuntik dana untuk kecairan ekonomi dalam jumlah yang terbesar dalam sejarah, melalui satu siri langkah-langkah dasar yang tidak konvensional, kata Draghi.

“Dasar monetari mula menampakkan kesannya kepada ekonomi. Pertumbuhan meningkat dan jangkaan inflasi telah pulih dari terus merudum,” katanya. Tambah beliau lagi, “Ini bukanlah cabaran terakhir kami, dan pemulihan yang bersifat kitaran sahaja tidak akan menyelesaikan semua masalah di Eropah.” Pemulihan yang baru muncul “tidak akan menghapuskan belenggu hutang, yang memberi kesan kepada sebahagian dari Euro-Zone yang merujuk kepada Greece.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat