EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Sep 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 125 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1295 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras 1.1230; setelah para pedagang menilai ucapan Presiden ECB Mario Draghi.  Presiden ECB itu berkata, ia memerlukan lebih banyak masa untuk menilai sama ada program rangsangan akan diperluaskan.

Draghi memaklumkan kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Parlimen Eropah, bahawa pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam pasaran negara membangun dan nilai euro yang tinggi serta kejatuhan harga komoditi, telah mengecewakan rancangan untuk meningkatkan program pembelian aset ECB. Namun terdapat keperluan untuk menentukan sama ada faktor-faktor ini akan memberi kesan yang berkekalan.

Komen Draghi menolak euro lebih tinggi berbanding dolar selepas mata wang Eropah itu jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua minggu setengah.  Joe Manimbo, seorang penganalisis pasaran senior di Western Union Business Solutions, berkata, kenyataan Encik Draghi terhadap ransangan tambahn adalah lebih teragak-agak daripada yang dijangkakan. Encik Draghi mencadangkan rangsangan tambahan tidak akan banyak membantu ekonomi Eropah buat masa ini, sekaligus menolak nilai euro lebih tinggi.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat