EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar terus jatuh lebih 250 pips Jumaat lalu, untuk membuat paras terendah bulanan yang baru sekitar 1.1114; dan nilai tukaran EUR|USD yang telah jatuh lebih 800 pips sejak awal bulan Januari ini, dijangka terus jatuh sehingga “parity” – nisbah 1:1 pada tahun ini.  Kejatuhan itu didorong oleh Dollar yang semakin mendapat permintaan, ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat tahun ini.

Pada masa yang sama, program ransangan ekonomi ECB yang melancarkan “Quantitative Easing” ala Amerika Syarikat, dengan membeli bon-bon kerajaan Kesatuan Eropah; bakal terus menjatuhkan nilai Euro.  Program yang bertujuan menjana aktiviti ekonomi, dengan melemahkan Euro dan seterusnya meningkatkan eksport itu amat di tentang oleh Jerman yang lebih pro kepada pembaharuan fiskal.

Euro Dollar dibuka dengan sedikit “gap down” hari ini, sekitar 1.1151, selepas Parti berhaluan kiri Syriza memenangi pilihan raya Greece Ahad semalam.  Buat masa ini, sebarang data ekonomi Euro-Zone tidak banyak memberi makna kepada pasaran, sehinggalah keadaan politik dan kedudukan Greece dalam Kesatuan Eropah ditentukan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat