EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1010 ke serendah 1.0960, sebelum menutup sekitar 1.0975; selepas kedua-dua pasaran utama bercuti. Berita dari Greece terus menekan para pedagang, selepas spekulasi mengatakan “Grexit” seolah-olah tidak dapat dielakkan, kerana Greece dikatakan tidak akan dapat membuat pembayaran pada 5 Jun nanti.

Kerajaan Greece telah dapat membuat bayaran dahulu, tetapi Menteri Dalam Negeri Nikos Voutsis pada Ahad, membuat kenyataan paling serius yang menunjukkan kewangan Greece berada dalam masalah yang serius – dan ia tidak mempunyai wang untuk membuat pembayaran IMF yang seterusnya pada bulan Jun ini.

“Keempat-empat ansuran bagi IMF pada bulan Jun adalah €1.6 bilion,” katanya. “Wang ini tidak akan diberi … Ia tidak wujud.”  Sepenuhnya ditutup daripada pasaran bon dan tanpa dana tersedia, Athens cuba mencapai perjanjian dengan Kesatuan Eropah dan IMF untuk melepaskan lebih daripada €7 bilion dana bantuan kecemasan yang akan membantu negara Mediterranean itu mengelakkan kebankrapan.

Di pasaran Amerika Syarikat, Federal Reserve dikatakan mungkin mula menaikkan “interest rate” tahun ini kerana ekonomi Amerika Syarikat nampaknya berada pada kedudukan baik untuk pertumbuhan yang berterusan, menurut pengerusi Federal Reserve Janet Yellen pada Jumaat lalu. Unjuran ekonomi oleh kebanyakan ahli majlis FOMC adalah pertumbuhan GDP sebenar kira-kira 2-1/2 peratus setiap tahun untuk beberapa tahun akan datang, sedikit lebih cepat daripada kadar pemulihan sekarang.

Kadar pengangguran AS dijangka terus bergerak turun ke hampir 5% menjelang akhir tahun ini. Atas banyak faktor, pengeluaran dan pertumbuhan pekerjaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang boleh menjadi lebih kuat, dan inflasi yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan; justeru pekerjaan boleh berkembang dengan lebih perlahan, dan inflasi yang tidak diingini boleh kekal rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat