EURUSD Analisa Fundamental Harian 27 Aug 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar terus jatuh lebih 265 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1560 sebelum menutup sekitar paras 1.1315; setelah dolar kembali normal selepas laporan keyakinan pengguna AS yang lebih baik daripada jangkaan. Pasaran secara perlahan-lahan stabil dan dolar kembali mendapat permintaan.

Sentimen pasaran juga mendapat rangsangan daripada keseluruhan data ekonomi AS yang positif. Jualan rumah keluarga tunggal baru pada bulan Julai berada pada kadar tahunan yang diselaraskan mengikut musim, sebanyak 507,000, meningkat 5.4% berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perdagangan AS.

Keyakinan pengguna AS bagi bulan Ogos dilaporkan pada 101.5, meningkat daripada 91.0 pada bulan Julai, menurut lembaga persidangan kumpulan penyelidikan yang berpusat di New York . Data yang meyakinkan memperbaharui jangkaan pelabur terhadap kenaikan “interest rate” AS pada tahun ini. Indeks dolar meningkat 1.22% pada 94.473 dalam dagangan lewat petang.

Kalendar ekonomi yang tenang di Eropah mungkin akan menyebabkan pelabur mahu melihat kepada laporan Pesanan Barangan Tahan Lama AS. Jangkaan menunjukkan penurunan 0.4%. Aliran berita AS telah merosot berbanding dengan ramalan konsensus sejak beberapa minggu lalu, sekaligus membuka pintu untuk kejutan kelemahan yang boleh menyalakan semula kebimbangan mengenai pertumbuhan global.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat