EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Apr 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar terus memacu naik lebih 100 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.0925, sebelum menutup lebih tinggi pada paras 1.0890; selepas pasaran kembali optimis dengan krisis Grexit yang bakal diselesaikan apabila pasukan perunding Greece disusun semula, bagi membolehkan negara itu mengelakkan gagal dalam mendapatkan bantuan dana kecemasan.

Pada Isnin semalam, Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras melantik Timbalan Menteri Luar Euclid Tsakalotos, seorang pakar ekonomi yang disukai oleh pegawai-pegawai ‘troika’, sebagai penyelaras pasukan perunding Greece, bagi memberinya peranan yang lebih aktif dalam rundingan tersebut.  Perubahan ini akan meminggirkan Menteri Kewangan Yanis Varoufakis, yang sangat aktif sebelum ini namun keluar dengan tangan kosong daripada mesyuarat menteri-menteri kewangan Eurogroup di Riga Jumaat lalu.

Pasaran menjangkakan Greece bakal bangkrap dan keluar dari Euro-Zone dan telah pun memfaktorkan perkara tersebut kedalam nilai tukaran EUR|USD. Perhatian yang sangat sedikit telah diberi kepada tajuk-tajuk utama tentang Grexit sejak kebelakangan ini. Dollar AS kembali jatuh Jumaat selepas laporan barang-barang tahan lama yang kurang memberangsangkan.

Laporan barang-barang tahan lama, diikuti data yang lemah pada jualan runcit AS, pekerjaan dan perumahan juga, menunjukkan pertumbuhan yang lemah boleh menyebabkan Feds untuk melambatkan kenaikan “intrest rate” sehingga akhir tahun ini. “Ini akan meletakkan perhatian yang lebih kepada prestasi ekonomi AS dan menambah tekanan kepada apa yang telah dialami oleh Dollar sepanjang bulan lepas,” kata Sireen Haraji, strategi mata wang Mizuho di New York.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat