EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Apr 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Euro Dollar terus memacu naik lebih 120 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.0990, sebelum menutup lebih tinggi pada paras 1.0980; setelah pasaran memberikan reaksi kepada perubahan pasukan perunding Greece dengan harapan satu persetujuan bakal dicapai dalam masa terdekat.  Data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah pada suku pertama 2015 juga, menyebabkan Dollar kekurangan permintaan.

Selepas pertumbuhan ekonomi AS yang lemah pada suku pertama, penganalisis menjangkakan bahawa Federal Reserve AS akan melewatkan kenaikan “interest rate” pada akhir mesyuarat FOMC dua hari pada awal pagi Khamis nanti.  Selama berbulan-bulan, Feds telah mengatakan Jun sebagai tarikh awal ia boleh mula menaikkan “interest rate” dari kadar sekarang.

Dollar AS meningkat dengan kukuh pada awal tahun ini, apabila langkah Feds berbeza dengan ECB yang baru memulakan program ‘Quantitative Easing’ (QE) untuk memaksa turun nilai euro bagi meningkatkan eksport. Tetapi pertumbuhan ekonomi AS pada suku pertama yang lebih perlahan, dijangka menyebabkan Feds ingin mengkaji semula peningkatan ekonomi.

Kerajaan AS bakal melaporkan anggaran pertumbuhan ekonomi suku pertama pada hari Rabu ini, dengan ramai penganalisis meramalkan pertumbuhan sekitar 1% – 2%, selepas 2.2% pada akhir tahun lepas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat