EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jul 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar susut lebih 70 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.1020 sebelum menutup sekitar paras 1.1060; setelah para pedagang mula mengambil untung sebelum mesyuarat FOMC hari ini.  Keyakinan pengguna AS yang jatuh dari 99.8 kepada 90.9 berbanding jangkaan 100.1 juga tidak menghalang tambahan permintaan untuk Dollar.

Dollar AS berlegar sekitar hampir paras dua minggu terendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, selepas penurunan terbesar dalam pasaran saham Shanghai dalam masa lapan tahun telah memandu permintaan untuk Yen dan membawa peniaga untuk mengurangkan pembelian Euro. Pasaran saham Shanghai jatuh 8.5%, mengheret pasaran saham Eropah jatuh lebih daripada 2% dan penanda aras US iaitu indeks S&P 500 ke paras terendah dalam masa lebih dua minggu.

Semua perhatian akan diberikan kepada mesyuarat FOMC AS minggu ini, tetapi ia akan menjadi sangat penting untuk mata wang komoditi yang mengharapkan ketenangan daripada Dollar AS yang lemah, setelah jatuh merudum.  Feds tidak mungkin menaikkan “interest rate” pada mesyuarat hari ini, tetapi pasaran akan hangat menunggu komen selepas mesyuarat, bagi petunjuk sama ada bank pusat AS akan menaikkan kadar pada bulan September.

Sekiranya itu berlaku, Dollar boleh melihat satu lagi pacuan kekuatan dan memberi tekanan kepada negara-negara pengeksport komoditi seperti Australia, Kanada, New Zealand, Brazil dan Indonesia; yang berharap bahawa pengerusi Feds Janet Yellen akan bernada berhati-hati sekaligus menghentikan penjualan dalam mata wang komoditi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat