Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1050 ke serendah 1.1000, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah data Euro-Zone menunjukkan bahawa pertumbuhan dalam sektor pembuatan di rantau itu, telah meningkat lebih tinggi pada bulan Oktober. Bacaan akhir PMI pembuatan Euro-Zone meningkat kepada 52.3 daripada 52.0 pada bulan September.
Sektor perkilangan Perancis mencatatkan pertumbuhan yang sederhana, dengan PMI pembuatan dilaporkan pada 50.6, tetapi pertumbuhan dalam sektor perkilangan Jerman merosot kepada paras tiga bulan terendah, dengan kejatuhan kepada 52.1 daripada 52.3 pada bulan September. Selepas lebih 6 bulan Bank Pusat Eropah mengepam lebih €60 bilion melalui program ransangan ekonomi, data yang sederhana tersebut begitu mengecewakan pembuat dasar ECB.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Amerika Syarikat Indeks Dollar AS, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama, susut 0.09% kepada 96.91. Para pelabur mula mengalih perhatian mereka kepada laporan NFP Jumaat ini untuk tanda-tanda kemungkinan kenaikan kadar pada Disember nanti. Federal Reserve AS mengekalkan kadar dalam mesyuarat FOMC minggu lalu, tetapi menyatakan bahawa ia masih boleh menaikkan kadar untuk kali pertama sejak 2006, pada mesyuarat Disember ini.