EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Jun 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar yang membuka dengan lebih 160 pips ‘gap-down’ Isnin semalam, sekitar 1.1005 kembali memacu naik untuk menutup ‘gap’ dan kini didagangkan sekitar 1.1195 ketika artikel ini ditulis; setelah para pelabur mencerna peristiwa yang berlaku berkenaan dengan Greece sepanjang minggu lepas. Pada hari Ahad, krisis hutang Greece memasuki fasa baru dan berbahaya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Bank Pusat Eropah telah membuat pinjaman kecemasan kepada bank-bank Greece yang bermasalah, meningkatkan saiz sokongan setelah para pendeposit mengeluarkan euro daripada bank-bank Greece. Walaupun tanda-tanda pengeluaran yang besar tampak pada hujung minggu, ECB tidak mengumumkannya dan telah meluluskan kenaikan bantuan, tetapi sebaliknya berkata bahawa ia telah mengekalkan pinjaman pada jumlah sedia ada, kira-kira €85 bilion.

Sistem pembayaran global perlu diatur semula untuk menerima mata wang baru. Dan kemudian tugas sebenarnya adalah mendapatkan mata wang fizikal baru yang boleh mengambil masa beberapa bulan, walaupun Kinsella berkata ekonomi telah menunjukkan bahawa mereka boleh beroperasi untuk sementara walaupun dengan kekurangan wang tunai fizikal.

Salah satu manfaat untuk Greece mempunyai mata wang sendiri adalah bahawa ia boleh menyusutkan nilai matawangnya sehingga dasar monetari cukup longgar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Matawang Greece drachma yang lemah dan jatuh dalam nilai berbanding Euro dan Dolar boleh meningkatkan eksport Greece. Dan kerajaan boleh membayar bilnya sendiri – perbelanjaan besar seperti gaji pekerja kerajaan dan pencen – dalam mata wang yang baru.

Bahayanya, bagaimanapun, adalah cetakan kerajaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan mata wang baru itu jatuh terlalu banyak, sekaligus mewujudkan inflasi dan tidak lagi mempunyai kredibiliti dengan rakyat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat