EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Dis 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.0945 ke serendah $1.0900, sebelum menutup sekitar paras $1.0930 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $1.0920; setelah pasaran menuju ke percutian dan sesi terakhir tahun ini.

Di pasaran Eropah, Sepanyol melaporkan inflasi sifar meleset dari jangkaan 0.1%, walaupun lebih baik dari -0.3% pada sebelumnya.  Pada masa yang sama, ECB melaporkan bekalan wang tunai turun kepada 5.1% pada November lalu daripada 5.3% pada Oktober. Penganalisis menjangkakan penurunan hanya kepada 5.2% sahaja pada bulan November.  Inflasi yang rendah menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkurang, kerana para peniaga terpaksa menurunkan harga lantaran kurangnya permintaan.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran AS pula, Persatuan Perumahan Kebangsaan AS melaporkan jualan rumah yang sedang dibina pada bulan November, merudum 0.9% dibawah sifar, berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.6% dan 0.4% pada bulan Oktober.  Malam nanti, Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 267 ribu kepada 274 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Eropah hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat