EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Aug 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar susut sekitar 50 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0940 sebelum menutup sekitar paras 1.0950; selepas “manufacturing” PMI Sepanyol dilaporkan meleset dari jangkaan, 53.6 berbanding 54.2 dan walaupun ISM “manufacturing” PMI Amerika Syarikat turut meleset, ini tidak membantu sokongan belian buat Euro.

Di pasaran Eropah, aktiviti perniagaan di 19 anggota Euro-Zone susut pada bulan Julai, menunjukkan pemulihan yang hilang momentum pada awal separuh kedua tahun ini.  Indeks komposit Markit flash Euro-Zone PMI, yang mengukur aktiviti bulanan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jatuh kepada 53.7 pada bulan Julai, turun dari yang paras tertinggi dalam masa empat tahun sebanyak 54.2 pada bulan Jun.

“Kejatuhan pada Julai dalam Euro-Zone komposit PMI menawarkan sedikit sokongan awal kepada pandangan kami bahawa pemulihan yang rapuh ini akan menjadi perlahan pada separuh kedua tahun ini,” menurut Jennifer monichan, ahli ekonomi kanan Eropah di Capital Economics dalam satu nota kepada pelanggan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat