EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mar 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips, pada paras tertinggi harian sekitar 1.1217 dan terendah sekitar 1.1154; selepas data “retails sales” Jerman dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan.  “Retail sales” tahunan dilaporkan pada 5.3% berbanding 2.7% jangkaan dan 4.8% pada sebelumnya.  “Retail sales” bulanan pula meningkat kepada 2.9% berbanding 0.4% jangkaan dan 0.6% pada sebelumnya.

Ketika ini pasaran sedang menumpu pada mesyuarat ECB esok dan data NFP pada Jumaat, sebelum menjangka arah pasaran selanjutnya.  Pada mesyuarat bulan lepas, presiden ECB Mario Draghi telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi berjumlah 60 billion euro sebulan, bagi membeli asset-asset kerajaan dan korporat demi menjana eskonomi Euro-Zone yang telah memasuki era deflasi; apabila bacaan CPI Euro-Zone jatuh dibawah sifar tempoh hari.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan “retail sales” tahunannya yang dijangka menyusut kepada 1.9% berbanding 2.8% pada sebelumnya.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar, terutamanya dengan “ADP employment change” AS yang dijangka menambah dari 213 ribu kepada 220 ribu pekerja.  Walau bagaimanapun, dengan sentimen mesyuarat ECB dan NFP, pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat