EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007Euro Dollar yang dibuka dengan “gap down” pada Jumaat lalu, terus merudum jatuh hampir 100 mata untuk ke paras 1.2000 yang merupakan nilai terendah dalam masa 5 tahun; selepas “manufacturing PMI” Sepanyol, Perancis, Itali dan Greece keluar meleset dari jangkaan.  Hanya Jerman yang memenuhi jangkaan “manufacturing PMI” nya pada 51.20

Pasaran juga yang dipenuhi dengan spekulasi pakej ransangan ekonomi baru dari ECB bagi tahun 2015; menjangkakan ECB yang bermesyuarat pada 22hb ini, bakal membeli bon-bon kerajaan bagi meyusutkan nilai euro untuk meningkatkan eksport.  Spekulasi ini akan menyebabkan para pedagang dan pelabur terus menjual euro dan membeli aset dengan pulangan “interest” yang lebih baik.  Kadar tukaran EUR|USD dijangka terus jatuh ke paras 1.1500 pada tahun ini menurut BNP Paribas.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat hari ni, dan hanya “unemployment change” dari Sepanyol yang dijangka jauh meleset dari sebelumnya, -72 ribu berbanding -14.7 ribu, euro dijangka terus hilang tarikan untuk ditambah pegangannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat