EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Jun 2015

34

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar yang memacu naik lebih 140 pips pada sesi Asia Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1380, kembali merudum lebih 150 pips pada sesi dagangan New York untuk mecapai paras terendah sekitar 1.1220, sebelum menutup sekitar paras 1.1235; setelah ketidakpastian melanda sama ada Greece akan menerima pelan reformasi ekonomi dan mencapai persetujuan bagi mendapatkan dana bantuan kecemasan.

Greece dan Kesatuan Eropah berkata, rundingan hutang akan mencapai perjanjian mengenai pembaharuan yang dipertikaikan, dan Athens mula merasakan bahang gelombang pembayaran balik hutang pada Jun. Dengan lebih €300 juta ($336 juta) yang perlu dibayar balik kepada IMF pada hari ini, kerajaan berhaluan kiri radikal Greece berada di bawah tekanan yang semakin meningkat, untuk mencapai perjanjian bagi mengelakkan kebangkrapan dengan pemiutangnya.

Bursa saham Athens dibuka dengan penurunan 3% selepas Greece dan pemiutangnya gagal mencapai satu kejayaan di rundingan krisis di Brussels pada lewat hari Rabu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Alexis Tsipras yang anti-penjimatan dan ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker masih menaruh harapan dengan mengatakan mereka akan bertemu semula tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat