Euro Dollar terus memacu naik lebih 150 pips Jumaat lalu, dari paras terendah sekitar 1.0860 untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1025; sebelum menutup pada sekitar 1.0965, sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD di atas pivot hari ini, sekitar 1.0955, ketika artikel ini ditulis. Kenaikan mendadak itu terkesan dari penjualan Dollar, ekoran laporan Non Farm Payroll Amerika Syarikat yang begitu mengecewakan.
Sehari sebelum itu di pasaran Eropah, Euro mula menarik sedikit minat belian apabila krisis ‘Grexit’ mula melegakan, dengan penghantaran pelan cadangan reformasi ekonomi Greece yang baru; dan para pelabur berasa yakin pelan ini bakal diterima, terutamanya selepas beberapa kali ianya ditolak dengan alasan kurang terperinci. Walau bagaimanapun, perdana menteri Greece Alexis Tsipras masih dijadualkan bertemu presiden Russia Vladimir Putin, Rabu ini.
Hari ini Sepanyol dijangka melaporkan “unemployment change” yang lebih baik, -18,300 berbanding -13,500 pekerja pada sebelumnya. Ini menunjukkan lebih ramai mereka yang hilang pekerjaan sebelum ini, telah berjaya bekerja semula. Malam nanti Amerika Syarikat pula dijangka melaporkan “non-manufacturing PMI” yang lebih rendah, 56.5 berbanding 56.9 pada sebelumnya. Keadaan ini dilihat memihak kepada Euro, namun dengan sentimen Euro yang masih bearish; para pelabur mungkin menggunakan sebarang kenaikan, untuk jualan baru.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni