EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

40

Euro Dollar merudum lebih 105 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1385 sebelum menutup sekitar paras $1.1403; setelah Dollar terus mendapat permintaan dengan pasaran memberikan reaksi kepada komen terbaru Presiden Feds cawangan yang menyokong kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC Jun ini.

Di pasaran Eropah, akhbar Irish Examiner melaporkan pertumbuhan ekonomi di Euro-Zone akan stabil, tetapi perlahan pada suku kedua, dalam satu laporan kaji selidik semalam; sekaligus mengukuhkan kebimbangan ECB mengenai ancaman kepada pemulihan ekonomi blok matawang 28 negara itu. Euro mencecah paras sembilan bulan tertinggi berbanding Dollar pada minggu ini, kenaikan yang mencabar usaha pemulihan ekonomi Bank Pusat Eropah.

Euro yang kuat menyukarkan pengeksport untuk mendapat permintaan yang tinggi, ekoran nilai Euro yang mahal untuk mengimport barangan negara-negara Kesatuan Eropah. Tetapi ramai penganalisis percaya bahawa kekuatan Euro ini akan dihadkan dengan prospek campur tangan ECB dan pelabur asing yang menjual aset Euro-Zone. Disebalik kenaikan baru-baru ini, ramai penganalisis masih mempertahakan ramalam mereka bahawa Euro akan mecapai pariti dengan Dollar menjelang akhir tahun ini.

Kenaikan nilai Euro datang walaupun ECB melancarkan rangsangan yang terbesar dalam sejarah, dengan tujuan menjana aktiviti semula aktiviti ekonomi dan meningkatkan inflasi. Walaupun ECB berkata ia tidak mensasarkan kadar pertukaran asing, ia memerlukan matawang yang lemah untuk menaikkan kadar inflasi yang rendah ketika ini. ECB kini menjangka inflasi hanya sekitar 0.3% pada tahun ini, di bawah sasaran 2%.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan angka pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) yang dijangka berkurang dari 215 ribu kepada 203 ribu dan kadar pengangguran yang stabil pada 5%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat