Nilai tukaran Euro Dollar meningkat sedikit, sekitar 65 pips, sepanjang sesi Eropah Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1035; sebelum menjunam lebih 100 pips dan menutup pada sekitar 1.0920, sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD berada di bawah pivot hari ini sekitar 1.0955 ketika artikel ini ditulis. Pivot mingguan yang baru adalah sekitar 1.0905
Di pasaran Eropah yang kebanyakan negaranya masih bercuti sempena Hari ‘Easter’, tidak banyak laporan yang diterima selain dari data “unemployment change” Sepanyol yang dilaporkan lebih baik, -60.2K berbanding -13.5K pada sebelumnya. Laporan ini menunjukkan 60,200 orang telah kembali bekerja setelah hilang pekerjaan sebelum ini.
Di pasaran Amerika Syarikat pula, disamping laporan NFP yang begitu mengecewakan pada Jumaat lalu, pasaran dipenuhi spekulasi bahawa kenaikan “interest rate” bakal ditangguh kepada December 2015 berbanding jangkaan awal pada September ini. Pada masa yang sama, para penganalisa ekonomi menjangkakan perkembangan ekonomi AS pada suku pertama 2015 yang berakhir March lalu, hanyalah sekitar 1% atau kurang.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka mula menumpukan kepada data-data yang bakal dilaporkan sepanjang minggu, terutamanya minit mesyuarat FOMC yang bakal disiarkan awal pagi Khamis nanti. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni