EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Aug 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar naik sedikit sekitar 55 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.0875 sebelum menutup sekitar paras 1.0925; setelah pasaran bingung dengan kenyataan seorang ahli Federal Reserve yang bertentangan dengan kenyataan presiden Feds Atlanta tentang kenaikan “interest rate” pada bulan hadapan.  Kenaikan ini dijangka akan terus memacu Dollar hingga tahun depan.

Daya penggerak di sebalik lonjakan Dollar selama 18 bulan adalah jangkaan kadar AS akan meningkat tahun ini, walaupun kebanyakan bank pusat utama yang lain mengekalkan pendirian akomodatif mereka.  Indeks Dollar mencecah paras 3 1/2 bulan tertinggi berbanding dengan sekumpulan mata wang lain, pada hari Rabu selepas presiden Federal Reserve Atlanta Dennis Lockhart menyatakan sokongan terhadap kenaikan “interest rate” pada bulan September.

Semua kecuali empat penganalisis dalam satu bancian mengatakan bulan September Fed akan menaikkan “interest rate” untuk kali pertama dalam hampir satu dekad. Empat penganalisis tersebut mengatakan Disember adalah masa yang lebih realistik. Tetapi bancian terbaru lebih daripada 60 penganalisis, yang diambil minggu ini, menunjukkan Euro akan jatuh sedikit pada tahun akan datang, dengan kemungkinan satu dalam tiga untuk jatuh kepada atau di bawah pariti dengan Dollar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat