EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

46

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.1453 ke serendah $1.1337, sebelum menutup sekitar paras $1.1375; selepas minit dasar ECB disiarkan. Bank Pusat Eropah diberitakan bersedia untuk melonggarkan dasar monetari, menurut tiga pegawai tertinggi termasuk presidennya, yang sealiran dengan kebimbangan Feds AS mengenai pandangan ekonomi global yang tidak menentu.

Tahun ini akan menjadi satu lagi tahun yang mencabar buat ECB, menurut presiden ECB Mario Draghi dalam laporan tahunan yang dikeluarkan semalam. “Kami menghadapi ketidakpastian mengenai prospek ekonomi global. Kami menghadapi serangan disinflasi yang berterusan. Dan kita menghadapi persoalan tentang arah Kesatuan Eropah dan daya tahan kepada sebarang kejutan baru,” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Nada pembukaan laporan Encik Draghi adalah sealiran dengan pembuat dasar di Federal Reserve AS, yang menyiarkan minit mesyuarat dasar pada pertengahan Mac yang dikeluarkan pada Rabu, di mana majoriti ahli FOMC umumnya melihat perkembangan ekonomi dan kewangan global akan terus berpotensi untuk menimbulkan risiko. Encik Peter Praet dari ECB, menekankan tentang kesediaan ECB untuk mengambil langkah-langkah seterusnya jika perlu.

“Jika kejutan buruk menjadi kenyataan, segala langkah-langkah akan diselaraskan semula sekali lagi dengan jumlah yang setimpal untuk menghadapi tekanan tersebut” tambah Encik Praet lagi. Encik Draghi pula berkata rangsangan pelonggaran kuantitatif ECB akan meningkatkan pengeluaran ekonomi di Euro-Zone sekitar 1.5% antara tahun 2015 dan 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat