EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Mei 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar kembali merudum lebih 140 pips Khamis semalam, setelah berada pada paras tertinggi dalam tempoh dua bulan, sekitar 1.1390 setelah data ekonomi AS yang lemah memudarkan kemungkinan kenaikan “interest rate” AS seawal Jun.  “EUR|USD kini di wilayah ‘overbought’ tetapi dengan kedudukan yang masih ‘net-short’ dan data utama NFP yang sedang menanti, tidak terlalu ramai penjual ketika ini,” menurut Elsa Lignos, pakar strategi mata wang di RBC.

Para pedagang berkata daya tahan euro adalah sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan dalam pulangan bon Jerman – Bund, yang telah melonjak hampir 50bp dalam masa seminggu, mengatasi peningkatan 34bp dalam bon Amerika Syarikat. Penganalisis berkata langkah dalam pulangan Bund itu, muncul didorong oleh kedudukan pasaran yang tepu, tetapi kesannya telah mula dirasai di seluruh pasaran kewangan.

Dolar meningkat pada pagi Khamis selepas merudum ekoran data pekerjaan AS yang lemah dan amaran dari presiden Federal Reserve Janet Yellen bahawa pasaran saham berada di risiko menjadi terlebih nilai. Sementara itu, firma gaji ADP melaporkan AS menambah hanya 169 ribu pekerjaan di sektor swasta pada bulan April, bulan kedua berturut-turut di bawah 200 ribu, terkesan dari kelembapan sektor carigali minyak yang terus merisaukan pasaran buruh.

Angka yang sangat dinantikan adalah dari Jabatan Tenaga Kerja laporan NFP malam ini. Bacaan yang lemah bakal melengahkan kenaikan “interest rate” yang sudah dijangka secara meluas tahun ini. Para pedagang juga dilihat menumpukan sepenuh perhatian kepada keadaan tegang dalam krisis ekonomi Greece, selepas Kesatuan Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa bangkit pada hari Rabu; selepas tuduhan oleh Athens bahawa perpecahan dalaman telah menyekat perjanjian dari dimeterai.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat