EURUSD: Hasil-Bon US Rendah & Tumpuan Kepada ‘Tapering’ ECB

247

Matawang Euro bergerak lebih tinggi pada Jumaat dan dijangka merekod kenaikan tertinggi minggu ini sejak sebulan lalu. Pemain pasaran ketika ini mengalihkan perhatian mereka daripada risiko politik kepada perkembangan ekonomi di Eropah.

“Jika pemulihan ekonomi Eropah berterusan dan ECB (European Central Bank) bergerak ke arah normalisasi polisi, Euro dijangka akan naik di atas 1.3000 dalam masa 18 bulan,” kata Kit Juckers, Strategist forex di Societe Generale, London.

EUR/USD didagang lebih tinggi sebelum pembukaan pasaran Eropah pada Jumaat, di mana pasangan matawang ini telah merekod kenaikan 1% pada minggu ini. Namun ketika ini, EUR/USD susut sehingga melepasi harga pembukaan pada Jumaat.

Apa yang menjadi perhatian pasaran ketika ini adalah pengurangan pembelian bon (tapering) oleh ECB dan dijangka bank pusat akan membincangkan hal ini dalam mesyuarat bulan ini.

Ahli-ahli ECB secara keseluruhan sejak dua minggu lalu bersetuju untuk meneruskan pembelian aset, tetapi pada jumlah yang lebih rendah.

US dolar pula dijangka akan merekod kerugian terbanyak sejak lebih sebulan lalu, apabila hasil-bon US menghampiri paras terendah sebelum pengumuman data inflasi pada Jumaat pukul 8.30 malam.

“Apabila hasil-bon 10 tahun US susut di bawah 2.4%, adalah tidak mengejutkan melihat US dolar sukar untuk naik berbanding Yen,” kata Makoto Noji penganalisis di Nikko Securities.

“Perbezaan antara hasil-bon domestik dan asing yang memandu trend jangka pendek di mana momentum penjualan Yen berkurangan apabila hasil-bon asing kekal rendah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat