Eur/Usd Naik Lebih 120 Pip Sejak News FOMC Pagi Tadi!

57

Sejak minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pagi tadi, pasangan matawang Eur/Usd telah menguat lebih dari 120 pip dari paras 1.0450 ke paras tertinggi hari ini 1.0575. Hal ini berlaku disebabkan ketidaktentuan dalam minit mesyuarat FOMC tentang potensi perubahan polisi oleh pentadbiran baru US.

Hampir semua ahli FOMC melihat risiko peningkatan kepada ramalan pertumbuhan dengan jangkaan polisi fiskal pengembangan (expansionary) di bawah pentadbiran Trump. Ahli-ahli memberi pendapat masing-masing tentang ketidaktentuan tentang masa, jumlah, agihan polisi fiskal dan polisi ekonomi yang lain.

Dengan semua ketidaktentuan ini, US dolar dilihat akan membuat pembetulan harga (correction) dalam jangka pendek, sementara pasaran menunggu maklumat yang lebih jelas dari pentadbiran baru US.

Jika dilihat dalam time-frame monthly, Eur/Usd membuat penurunan sejak Oktober dengan candle bearish yang terbentuk di kedua-dua bulan tesebut. Semasa Oktober dan November, sentimen positif US dolar begitu kuat walaupun terdapat sedikit risiko dalam pilihanraya presiden US.

Pada bulan November kita melihat US dolar begitu kuat dengan kemenangan Trump kerana jangkaan polisinya yang akan meningkatkan ekonomi US yang menyebabkan Eur/Usd terus jatuh.

Walaubagaimanapun, candle ‘doji’ yang terbentuk pada bulan lalu menandakan, pasaran sedang menunggu maklumat yang lebih lanjut oleh pentadbiran Trump dan tidak dapat dinafikan cuti umum Krismas dan tahun baru, menyebabkan aktiviti pengambilan untung (take-profit) oleh pemain pasaran global dan Eur/Usd naik semula pada minggu terakhir Disember dan terbentuklah candle Doji tersebut.

Ketika ini di weekly, Eur/usd hampir membentuk pinbar dan jika ia terbentuk pada penutupan pasaran pada pagi Sabtu, akan menguatkan lagi potensi kenaikan Eur/Usd minggu hadapan.

Di time-frame daily pula, Eur/Usd sedang menguji paras 1.0500 yang juga merupakan SBR (support become resistance) dan jika ia kekal ditembusi sehingga penutup pasaran esok pagi, kebarangkalian untuk Eur/Usd terus naik semakin tinggi.

 

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat