EUR/USD Terus Tertekan Sehingga Mencatat Kejatuhan 130 Pip Setakat Ini

41

Matawang Euro didagangkan menghampiri paras terendah tiga minggu lalu berbanding US dolar. Selepas daripada penetapan polisi monetari ECB, matawang euro masih lagi tertekan dengan EUR/USD setakat ini telah merekod kejatuhan sehingga 130 pip setakat pukul 11 malam pada Khamis.

ECB masih meneruskan pembelian bon pada kadar yang lebih rendah (30 billion euro dari 60 billion euro) bermula Januari sehingga September 2018.

ECB berkata dalam kenyataan awal bahawa bank pusat akan terus membeli 30 billion Euro selama sembilan bulan bermula Januari 2018 atau lebih daripada tempoh tersebut jika perlu. Ini menunjukkan satu guidance (panduan) yang dovish bahawa berkemungkinan program pembelian bon akan diteruskan selepas September 2018.

Apa yang menyebabkan matawang Euro jatuh adalah disebabkan pasaran yang sememangnya telah menjangka ECB akan mengurangkan pembelian bon. Disebabkan keputusan bank pusat yang sejajar dengan jangkaan, dan kenyataan yang ‘dovish’ secara keseluruhan oleh bank pusat, ia telah menekan EUR/USD.

Semasa sidang media, Presiden Draghi menegaskan risiko terhadap pengukuhan pertumbuhan ekonomi tertumpu kepada keadaan tukaran matawang. Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan bahawa pengukuhan Euro mengganggu pertumbuhan ekonomi Zon Eropah.

Majoriti ahli Governing Council (Ahli ECB) memberikan komen ‘dovish’ di mana mereka mahu keputusan pelanjutan pembelian bon selepas September 2018 masih terbuka.

Secara keseluruhan, Mario Draghi sekali lagi menegaskan bahawa ECB akan mengekalkan pendekatan secara beransur-ansur terhadap polisi monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat