FACEBOOK – Sebuah Projek Universiti, Akhirnya Tawan Dunia!

996

Bagaimana sebuah projek universiti boleh tawan hati satu dunia? Ini kisah tentang bermulanya Facebook.

Dari sebuah aplikasi yang mengukur ranking populariti para pelajar Harvard University, Facebook mengalami revolusi kematangan untuk menjadi platform media sosial paling popular di dunia.

Kenali 4 Individu Penting Di Sebalik Facebook

Diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes pada 2004, Facebook mulai mendapat tempat dalam kalangan pelajar Harvard untuk berhubung dalam talian dengan mudah.

Ketika pertama kali diperkenalkan, ia mencatat jumlah pendaftaran seramai 1,200 pengguna dalam tempoh 24 jam dan dalam tempoh sebulan pula hampir separuh pelajar Harvard dikatakan memiliki akaun bersama Facebook.

Dalam masa setahun, kemudahan yang membolehkan penggunanya berhubung dengan berkongsi gambar dan maklumat telah mendorong lonjakan populariti Facebook untuk digunapakai di universiti-universiti lain.

Kemasukan Individu Penting Mengubah Segalanya

Bertitik tolak dari sana, Facebook mulai berkembang dengan pesat sehingga syarikat menubuhkan ibu pejabatnya di Palo Alto, California dan Sean Parker dilantik sebagai Presiden.

Bergerak lebih ke hadapan pada 2012, Facebook akhirnya memasuki penyenaraian di bursa pada 12 Mei dengan harga penawaran awam (IPO) pada $38.

Zaman kegemilangan Facebook menyaksikan ia mencatat pengguna aktif bulanan sebanyak 845 juta dan pengguna aktif harian mencapai 483 juta pada Disember 2011.

Kemudian pada 2015 pula syarikat mencatat jumlah pengguna aktif seramai 900 juta dan menjana hasil sebanyak $10 bilion, selain memperolehi aplikasi-aplikasi media sosial lain seperti Instagram (2012) dan WhatsApp (2014).

Perubahan Tegas Syarikat Ke Alam Maya

Sebagai makluman, teras utama perniagaan pada masa kini berasaskan pengiklanan dan perkara ini secara tidak langsung juga membawa masalah kepada Facebook.

Antara masalah terbesar yang terpalit dengan Facebook adalah pelanggaran privasi pengguna yang berterusan memandangkan ia akan mengambil maklumat pengguna untuk dihantar kepada syarikat pengiklanan.

Selain itu, tidak dilupakan juga isu salah maklumat berkaitan pilihan raya Presiden pada 2016 yang memaksa Zuckerberg tampil untuk memohon maaf.

Akhir sekali pada Oktober 2021, syarikat dijenamakan semula kepada Meta Platform Inc sebagai sebahagian peralihan menuju ke industri metaverse seiring perubahan teknologi moden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat