Fakta Yang Trader Perlu Tahu Sebelum News EURO Malam Ini

54

Kadar inflasi di Kesatuan Eropah (EU) telah menunjukkan isyarat kenaikan. Pemerhati Bank Pusat Eropah sudah mula membuat spekulasi pengurangan polisi pelonggaran (quantitative easing). Sebarang keputusan untuk taper off (pengurangan) mempunyai risiko.

Terdapat bukti-bukti menunjukkan program pelonggaran polisi iaitu, kadar faedah negatif (negative interest-rates), dan program pembelian bond mula meningkatkan inflasi.

Pada ketika ini, kadar inflasi Kesatuan Eropah telah meningkat dari -0.20% Februrari lepas kepada 0.40% pada Oktober. Indeks Harga Pengguna (CPI) juga telah meningkat kepada 100.6 pada Oktober dari 98.72 pada Januari.

Draghi juga mengatakan baru-baru ini, bank pusat mensasarkan kadar inflasi akan berada di bawah 2.00% seawal 2019.

Seperti yang kita telah bincangkan dalam artikel-artikel sebelum ini, inflasi merupakan pembolehubah ekonomi yang sangat penting. Kebanyakan negara-negara barat mensasarkan inflasi 2.00% sebagai tahap optimum bagi ekonomi mereka.

Inflasi yang semakin meningkat menunjukkan ekonomi negara itu dalam keadaan baik, kerana rakyatnya yang berbelanja meningkatkan permintaan  barang-barang seterusnya meningkatkan inflasi. Secara mudah, rakyat negara itu mempunyai wang untuk berbelanja.

Perbelanjaan domestik atau perbelanjaan rakyat negara itu sendiri adalah sangat penting bagi setiap ekonomi. Dan ia lebih penting bagi negara seperti Malaysia yang mana sebahagian besar pertumbuhan ekonominya disumbangkan oleh perbelanjaan domestik.

Pakar-pakar ekonomi menjangkakan tiada sebarang perubahan polisi yang akan di ambil oleh Bank Pusat Eropah itu pada malam ini.

Dijangkakan soalan tentang pengurangan polisi pelonggaran (tappering easing policy) bakal di tanya oleh wartawan.

Inilah soalan yang akan menjadi tumpuan pada malam ini. Sebarang komen ke arah pengurangan pelonggaran akan menyebabkan turun-naik (volatility) dalam pasaran.

Menurut penganalisis ekonomi di Goldman Sachs, untuk memastikan perjalanan tappering easing policy berjalan dengan lancar, pengurangan pelonggaran hendaklah dilakukan secara berperingkat dalam jumlah yang sedikit. Perlahan dan tenang agar tidak berlaku sebarang volatility yang sukar dikawal.

 

Bank Pusat Eropah Kehabisan Dana?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat