Fear Index Meningkat Pada Minggu Lepas?

71

Bacaan indeks volatility (turun-naik) bagi pasaran saham US khususnya S&P 500 meningkat kepada 40% minggu lepas.

The Chicago Board Options Exchange (CBOE) Volatility Index (VIX) yang dikenali sebagai volatility index adalah indeks yang mengukur jangkaan turun-naik pasaran dalam masa 30 hari. VIX ini adalah jangkaan kepada masa hadapan dalam mengira risiko pasaran. VIX juga sering dipanggil sebagai “indeks ketakutan kepada risiko”.

Rajah di bawah menunjukkan paras terkini indeks VIX semasa artikel ini ditulis pada 19.64.

Sumber: Investing.com
Sumber: Investing.com

Pada jumaat lepas VIX ditutup pada nilai 22.51 nilai tertinggi sejak Brexit. Kita dapat lihat dalam rajah di atas VIX telah meningkat selama sembilan hari berturut-turut. Ini menunjukkan kerisauan pelabur yang semakin meningkat kepada risiko-risiko pasaran yang sukar dijangka pada tempoh ini.

Pasaran saham US juga telah jatuh sepanjang sembilan hari berikutan pelabur melepaskan pegangan-pegangan kepada pelaburan berisiko dalam jangka masa ini. Hal ini disebabkan pilihanraya presiden yang akan berlangsung esok antara Donald Trump dan Hillary Clinton.

Lihat kejatuhan pasaran saham S&P 500 selama sembilan hari berturut-turut di bawah berikutan pelabur menjalankan aktiviti take profit (ambil keuntungan) selepas FBI mengumumkan pembukaan semula kes e-mel Hillary pada Sabtu lepas.

land-42
Sumber: Investing.com

Pun begitu, indek S&P 500 sudah pulih dari kejatuhan minggu lepas yang melonjak kepada bacaan 2111.50 dari paras terendah minggu lepas 2079.00. Lonjakan ini dibantu oleh faktor sentimen semasa yang tersebar pagi tadi bahawa Clinton tidak bersalah dalam kes e-mel itu.

James Comey memberitahu Kongres pagi tadi tentang pembukaan semula kes e-mel Hillary Clinton bahawa ia tidak mengubah keputusan yang telah dibuat pada Julai lepas. Ini bermakna Clinton terlepas dari sebarang dakwaan ke atasnya. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh wakil Republikan.

Volatility (turun-naik) dijangkakan akan memainkan peranan pada minggu ini menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung esok hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat