Fed Evans Jangka Core-Inflasi Di Bawah 2% Sehingga 2019

76

Presiden Fed cawangan Chicago, Evans menyatakan pada Isnin bahawa inflasi akan berada dalam keadaan baik menuju sasaran. Tetapi beliau menyatakan inflasi asas (core-inflation) 2% tidak akan dicapai sehingga 2019, yang menunjukkan beliau berpendapat kadar tersebut bergerak perlahan dari kadar semasa 1.7%.

Dalam konteks ini, beliau juga bimbang jika inflasi jangka panjang bergerak di bawah sasaran 2%. Evan juga mengatakan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat akan terus berada di tahap rendah.

Dari segi kadar faedah The Fed, beliau berpendapat kenaikan kadar pada Mac adalah wajar dengan data ekonomi semakin memberangsangkan menjelang mesyuarat Fed pada Mac.

Walaubagaimanapun, beliau tetap menjangkakan dua atau tiga kenaikan kadar pada tahun ini adalah bersesuaian, di mana The Fed boleh memberi reaksi pantas jika inflasi naik mendadak. Komen ini menunjukkan beliau tidak menjangkakan kadar faedah jangka pendek (short-term interest rate,stir) bergerak melebihi 1.50% dalam jangka masa sederhana.

Berikutan kegagalan pentadbiran baru Amerika Syarikat dalam reformasi polisi kesihatan, The Fed dijangka akan lebih berhati-hati dalam pandangan mereka kepada ekonomi di masa hadapan. Ketika ini rangsangan fiskal dilihat 50-50 di mana risiko kelewatan reformasi percukaian ini akan diambil kira oleh The Fed.

Dalam konteks ini, ahli The Fed dilihat akan keberatan atau enggan memfaktorkan rangsangan fiskal kepada ramalan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat