Fed Evans: Rasional Untuk Mula Kurangkan Pegangan Bon Bulan Depan

48

Inflasi rendah tidak akan menghentikan Federal Reserve dalam pengurangan penyata imbangan $4.5 trillion bulan hadapan, namun seakan menangguhkan kenaikan kadar faedah sehingga Disember atau pun lebih daripada tempoh tersebut, kata ahli The Fed pada Rabu.

“Saya secara peribadi merasakan ia agak rasional untuk mengurangkan penyata imbangan pada September berdasarkan data-data terkini yang saya lihat, walaupun dengan data inflasi rendah ketika ini,” kata Presiden Fed cawangan Chicago, Charles Evans.

“Saya menjangka satu kenaikan pada Disember, tetapi jika anda fikir inflasi adalah lemah dan kita memerlukan lebih akomodasi, jadi ia boleh ditangguhkan dahulu,” kata Evans yang mempunyai hak mengundi dalam penetapan polisi monetari tahun ini.

Tambah beliau, inflasi berkemungkinan menuju sasaran 2% lebih pantas daripada apa yang beliau jangka ketika ini. Ia berpotensi didorong oleh pertumbuhan ekonomi, kata Evans.

Teknologi yang semakin maju telah menekan inflasi ke bawah yang dikatakan sebagai faktor tunggal. Syarikat dilihat enggan menaikkan kadar gaji walaupun dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan.

Dari segi penyata imbangan, Evans berkata pengurangan penyata imbangan hanya akan memberi sedikit impak kepada pasaran kewangan kerana, media telah membuat liputan meluas tentang perkara ini. Beliau berpendapat ia akan mengambil masa tiga hingga ke empat tahun untuk penyata imbangan kembali kepada keadaan normal.

‘Semakin lama inflasi kekal di bawah sasaran, saya rasa ia akan menyebabkan lebih banyak masalah,” kata beliau. “Saya mahu melihat lebih banyak bukti bahawa kita semakin hampir dengan 2%.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat