Fed Fischer Melihat Peristiwa Kejatuhan Pasaran Bon 2013 Tidak Berulang

82

Reaksi pasaran yang minimum terhadap isyarat pengurangan $4.5 trillion penyata imbangan Federal Reserve yang akan dimulakan hujung tahun ini menunjukkan perubahan polisi yang akan berjalan lancar, kata Naib Pengerusi The Fed Stanley Fischer pada Isnin.

The Fed mahu mengelak dari penjualan mendadak dalam pasaran bon seperti yang berlaku sebelum ini apabila bank pusat mengubah polisi penyata imbangannya pada 2013. Peristiwa yang dikenali sebagai ‘Taper-Tantrum‘ itu melonjakkan hasil-bon kerajaan US yang memaksa The Fed menangguhkan rancangan pengurangan pembelian bon.

Dalam beberapa minggu ini, beberapa ahli The Fed dan minit mesyuarat Mac menunjukkan bank pusat berkemungkinan akan memulakan pengurangan pegangan asetnya yang terkandung dalam penyata imbangan (Balance Sheet) lebih awal dari yang dijangka oleh pasaran. Walaubagaimanapun hasil-bon (Bond-Yield) memberi respon minima terhadap perkara ini.

“Saya melihat perbincangan terhad terhadap proses pengurangan jumlah penyata imbangan dalam pasaran menunjukkan kita mungkin berhadapan dengan gangguan pasaran yang minima pada masa ini berbanding kes Taper Tantrum yang berlaku pada 2013,” kata Fischer dalam ucapannya di Universiti Columbia.

Sejak Taper Tantrum 2013, The Fed telah mengubah cara mereka meninjau pelabur-pelabur dan sekarang mereka mempunyai gambaran yang lebih jelas, kata Fischer.

Dalam tinjauan yang kita buat menunjukkan ketika ini tidak sama seperti dulu di mana pemain pasaran membuat jangkaan yang begitu tinggi bahawa The Fed tidak akan mengurangkan pembelian bon. Tetapi sekarang pelabur agak kurang pasti berapa cepat Fed akan mengurangkan penyata imbangannya, kata Fischer.

 

Semua yang anda perlu tahu tentang Penyata Imbangan The Fed

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat