Fed Fischer: Pelonggaran Regulasi Oleh Pentadbiran US Adalah ‘Merbahaya’

46

Usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk melonggarkan regulasi perbankan adalah “merbahaya”, kata orang nombor dua The Fed dalam satu temubual bersama Financial Times yang dikeluarkan pada Rabu.

Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer berkata terdapat isyarat yang buruk untuk kembali kepada krisis kewangan 2008.

“Saya bimbang dengan sistem politik US yang mungkin akan membawa kita ke arah yang sangat bahaya,” kata Fischer.

“Ia mengambil masa hampir 80 tahun selepas 1930 untuk sekali lagi berhadapan dengan krisis kewangan yang sangat teruk. Dan sekarang selepas 10 tahun, semua orang mahu kembali kepada pelonggaran regulasi sebelum krisis kewangan 2008. Dan saya rasa ini benar-benar merbahaya.”

Ahli-ahli Republikan di US pada Jun telah mengundi untuk menggantikan rang undang-undang (Dodd-Frank) bagi mengurangkan regulasi dalam pasaran kewangan yang mana Dodd Frank digubal untuk mengatasi krisis kewangan 2008 agar tidak berulang sekali lagi.

Ahli-ahli bank pusat termasuk pengerusi The Fed, Janet Yellen dan Presiden ECB Mario Draghi akan menyertai mesyuarat pembuat polisi minggu depan yang akan diadakan di Jackson Hole, Wyoming.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat