Fed Kaplan: Kadar Perlu Dinaikkan Lebih Pantas

50

Presiden The Fed bagi wilayah Dallas, Kaplan menyatakan bahawa beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi 2.0% bagi 2017 jika gunatenaga (pasaran pekerjaan) di Amerika Syarikat hampir dengan gunatenaga penuh (full-employment).

Beliau menegaskan polisi monetari yang begitu longgar pada masa ini perlu dikurangkan secara berperingkat dan perlahan-lahan, walaupun pada asalnya bekiau mengatakan The Fed perlu bertindak lebih pantas untuk menaikkan kadar semula.

Komen terbaru ini sejajar dengan retorik beliau di mana jangkaan kenaikan kadar sebanyak tiga kali pada 2017 oleh majoriti ahli FOMC (Federal Open Market Committee).

Walaubagaimanapun, dengan jangkaan beliau bahawa pertumbuha ekonomi hanya berada di sekitar 2.0% tidak mencukupi untuk sebarang pengetatan polisi.

Komen dari ahli-ahli The Fed akan terus diberi perhatian oleh pasaran sehingga minggu hadapan. Dalam peraturan Federal Reserve, ahli-ahli The Fed  tidak boleh membuat komen secara terbuka berkaitan polisi monetari dan keputusan bank pusat bermula dari Sabtu kedua sehingga mesyuarat FOMC.

Dengan penetapan kadar akan berlangsung pada 15 Mac, kita tidak akan mendengar sebaran komen dari The Fed bermula dari 4 Mac. Jika The Fed mahu memberi isyarat bahawa akan ada kenaikan pada mesyuarat kali ini, mereka dijangka akan memberi komen sebelum tempoh tersebut bagi mengalihkan jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat