Fed Williams: Ekonomi Bergerak Dalam Keadaan Yang Agak Panas

53

Presiden Fed John Williams berkata beliau lebih banyak berfikir tentang bagaimana polisi fiskal di bawah Presiden Trump akan memberi impak kepada ekonomi, dan kini beliau hanya melihat kenaikan jangka pendek berbanding jangka panjang.

Dalam beberapa bulan lagi, kata Wiilliam kepada Reuters, polisi fiskal tidak akan begitu penting kepada polisi monetari. Dengan kadar pengangguran kini di paras 4.4% dan penghasilan pekerjaan kini semakin pantas, ekonomi kini bergerak dalam keadaan  agak panas, kata beliau.

Cara yang terbaik untuk mengukuhkan momentum ekonomi, katanya, adalah dengan menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Tetapi disebabkan inflasi masih berada di bawa sasaran Fed 2%, tiada tekanan kepada kenaikan kadar faedah sebanyak dua kali lagi tahun ini, kata William.

“Persoalan utama ketika ini ialah polisi fiskal.”

Beliau berharap polisi persekutuan dan fiskal akan semakin jelas yang kini semua orang masih tertanya-tanya. Katanya pemotongan cukai akan menjadi penghalang yang besar dan pengurangan perbelanjaan akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Secara keseluruhan, William masih lagi melihat tiga kali kenaikan kadar tahun ini adalah bersesuaian dengan ekonomi yang kini bergerak dalam keadaan agak panas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat