FUD! Kenyataan Terkini Kerajaan India Cetus Kepanikan Dalam Kalangan Pelabur Kripto!

1,508

Harga aset kripto di bursa pertukaran kripto India pada hari ini mencatat kemorosotan sehingga menyebabkan diskaun besar-besaran sehingga 25% selepas perbincangan mengenai kemungkinan ‘larangan’ kripto oleh kerajaan. Kerajaan India telah menyenaraikan rang undang-undang yang akan dibahaskan dalam agenda pada musim sejuk nanti. Termasuk dalam senarai ialah rang udang-undang untuk melarang aset kripto di negara itu.

Rang undang-undang aset kripto India dijangka akan dibahaskan pada bulan Disember nanti. Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan pasaran sehinggakan aset kripto didagangkan pada harga diskaun 20%-30% pada hari ini berikutan kekecohan yang datang dari kerajaan.

Hitesh Malviya, pengasas itsblockchain.com menzahirkan rasa tidak puas hati dengan menyatakan disaat sebahagian negara-negara besar mula menerima perkembangan kripto maka kerjaan harus lebih bertanggungjawab untuk mentakrifkan takrif aset kripto swasta sejak ia mula dibangkitkan pada Februari lalu.

Pasaran sehingga kini tidak pasti tentang apakah yang dimaksudkan oleh kerajaan India mengenai aset kripto ‘swasta’. Menurut penganalisis, perkara ini hanya akan ada penjelasan selepas perbahasan dalam kalangan kerajaan.

Buat masa ini, definisi sebenar aset kripto swasta atau persendirian masih menjadi spekulasi. Perbahasan mengenai rincian rang undang-undang kripto itu akan menggariskan bahawa kerajaan India akan ‘melarang’ aset kripto swasta di negara itu.

Ini telah mencetuskan panik sehingga menyebabkan sebahagian para pelabur mula menjual pegangan mereka. Harga Bitcoin telah jatuh ke paras dagangan $56,00 pada hari ini.

Pemain pasaran hanya berharap terdapat kejelasan yang lebih rinci akan hal ini agar mereka dapat membuat persediaan. Menurut mereka jika ianya hanya mengharamkan pelabur India dari mendapatkan akses aset kripto yang didangangkan di bursa tempatan maka hal itu tidak menjadi isu kerana mereka boleh akses ke bursa kripto antarabangsa.

Tujuan rang undang-undang kripto nampaknya adalah untuk menyediakan rangka kerja kawal selia untuk menghalang aktiviti haram dan melindungi pelabur. Disis lain untuk memudahkan penerbitan kripto CBDC India.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat